Ada apa dengan 11 / 11 / 11 ??

Assalammualaikum..

      di saat sudah tiada lagi blogger yg buat entry tentang tarikh cantik nie, barulah jari jemari queen terkedek-kedek menaip untuk menghasilkan sebuah entry baru. alasannya ? heheh, macam biasalah. MALAS . okay, abaikann. ada apa dengan 11 / 11 / 11 ?? tarikh cantik nie sangat bermakna untuk queen. sangat-sangat bermakna dan takkan queen lupakan sampai bila-bila ! 

Malam Graduasi - 11 / 11 / 11

      tema malam itu, Hikayat 1001 Malam . pelbagai persembahan telah dipertandingkan. kelas queen telah mempertaruhkan sebuah persembahan berkonsepkan Teater Muzikal . kisahnya bermula apabila seorang budak bernama BoboiBoy, bertemu dengan seekor jin bernama Jin Toncet. kemudian, dia diberi 3 permintaan. budak itu meminta A , A , A . Jin Toncet tidak faham akan maksud budak itu yg menginginkan A dalam UPSR. lalu, dia memberi 3 tarian berbeza yg berkonsepkan A. budak itu kecewa kerana tidak mendapat apa yg diinginkan. dia hanya mampu mengenang kembali kenangan terindah bersama kawan-kawannya.

Kenangan Terindah

      berkat kegigihan kami yg berlatih sehingga patah kaki , kami berjaya memperoleh tempat ke-2 . yeayy ! ouh , kenangan yg terlalu indah untuk dikenang . meskipun queen tau , masa tidak boleh diulang , queen tetap takkan berhenti berharap . suka hati queen lah !

yg mana queen ? yg paling merah dan menyerlah , queen lah tu ! haha . perasan sekejapp . queen menang anugerah Si Cantik Manis malam tu . masa tu , rasa macam nak sorok muka bawah meja . semua orang pandang , malu !


tengok kawan queen yg berjubah kelawar biru tu , meletopp kann ? agak pelik jugak dia tak menang . gambar bawah tu pulak , with my bestfriend

Mak cikk , aku terlalu rindukan saat nie , terlalu rindu ! aku nak sangat ulang semua nie , walaupun aku tau mustahil . aku tak kisah digelar gedik cuma sebab berkawan dengan kau . aku tak rasa macam tu pun . kalau kau gedik , aku pun gedik . banyak benda kita buat sama-sama . bergosip sama-sama , kenakan orang sama-sama . aku tak tau macam mana orang boleh cakap aku gedik sebab berkawan dengan kau . kalau dah memang itu pandangan orang tentang aku , tak ada kena megena dengan kau . Itu memang aku ! 

      kita mungkin akan terpisah dalam masa yg terdekat nie . bila dah masuk sekolah menengah nanti , kau mungkin akan dapat bestfriend yg baru , aku pun mungkin sama . tapi , aku takkan lupakan kau , never ! aku harap kau pun sama . aku rasa kita tak ada harapan nak satu sekolah . apa-apa pun , aku sayang kau !

queen menerima cenderahati dan sijil . yeah !

 memori yang tercipta pada 11 / 11 / 11 akan terus menjadi kenangan terindah dalam hidupku..

Terima kasih kerana sudi membaca entry Queen !! Jangan lupa untuk meninggalkan komen anda.. InsyaAllah , di lain hari Queen pula akan meninggalkan komen di entry anda.. :)

8 pinky mengomel:

Ratu Lissa said...

Mak Cik..

aku menangis baca entry nie.. aku sayang kau.. Bila kita dah besar, kita WAJIB jumpa balik. berjanjilah pada aku, eh ??

Mustahil lah kalau masa kat sekolah menengah nanti aku tak jumpa pengganti engkau a.k.a kawan baik.. tapi aku yakin, sifat-sifat dia tak sepenuhnya mcm kau.. kalaupun memenuhi ciri-ciri kawan baik, tapi mungkin dia tak suka baca novel macam kau.. mungkin dia tak lah peng-gosip tegar mcam kita ;p

Mak cik,
aku nak sangat peluk kau masa nie.. kau ingat tak kau pernah kata masa kita kat Jusco ; "suatu hari nanti kita kat sini, kita akan shopping beg, kasut, baju.." aku harap tercapai jugak satu hari nanti.. aku betul-betul berharap..

aku rasa tak sanggup nk berpisah baik dgn kau mahupun kawan-kawan kita.. tp paling tak sanggup engkau lah.. aku nk sangat kita nie ibarat Farhana dgn Tengku Aqilah.. diorang kawan dri kecik sampai besar.. and aku harap jugak, ank kau akan panggil aku mama, anak aku akan panggil kau mama atau mommy , ikut suka hati kau lah.. :)

Aku janji aku takkan lupakan kau ! JANJI.. btw tahniah atas kejayaan kau menggondol (haha) anugerah Si Cantik Manis.. kau memang menyerlah mcm tu.. mak aku pun kata benda yg sama..

engkau lah kawan baik yg paling best aku pernah ada ! jujur selama 12 thun aku hidup, kau yang paling BEST.. Banyak sgt kenangan kita bersama sepanjang tahun ni.. kalau aku buat entry mau sampai besok pun kau tak habis baca ..

terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.. aku tau aku tak lah secantik korang semua.. tp kau sudi jugak.. terima kasih sebab sudi jadi KAWAN BAIK bukan sekadar kawan biasa.. :)

Yang menrinduimu setengah mati,
Ratu Lissa ;p

Ratu Lissa said...

tak ckup.. aku nk tmbh lg nie..

agaknya siapa yg sudi mendengar luahan hati aku terhadap SI PILOT tuh ??

siapa yang sudi temankan aku kenakan org, melafazkan kalimah cinta walau hakikatnya kita hanya bersuka-ria ??

aku rindu kau ~ aku pun nk ulang segala apa yg kita pernah buat.. aku tau, mustahil.. kau kawan baik aku.. aku tak nk berpisah dgn kau !!

aku susah sgt bab-bab mencarik kawan.. selama 6 thun aku bersekolah kat SKLukut, tapi 1 tahun lebih je masa yg dapat aku manfaatkan bersama kawan baik aku..

AKU TAK SANGGUP ! siapa lagi lepas nie yg sudi dipanggil NYAH mcm yg aku buat dkt Athirah ? kalau boleh, aku pun nk ulang balik semuanya,.. terutamanya kenangan-kenangan manis kita.. banyak weyh !!

ieyza afieyna said...

memori ni mesti xkn dilupa kn kn.. tarikh sng ingt tu..

gudluck ye in ur life ;)

Ummi Annur said...

Lisa! Tersentuh hati aku baca komen ko pd Queen!! Aku rindu saat manis kita! Aku rindu gelak ketawa kita! Aku rasa aku nak patah balik masa tu! Waaa!!! Aku harap suatu hari nanti kita AKAN BERJUMPA!!!! Aku nak jumpa korang!!!

Cik Intan ♥ said...

waa , suke la tengok queen pakai baju merah tuu :D

ღ Nurrul said...

wahhh ! Tahniah sebab dapat Jadi si cantik manis dlm tarikh yg bermakna ini...
dan Nurrul sgt terharu sgt2 dgn komen kawan baik Queen semua..

*semoga Allah meredhai persahabatan kalian :)*

aRa ❤ aFiq™ said...

best nye graduasi.. pkai pown mletup :)

bella nabila said...

hai....wah lama x dengar cite korg ....ape cite tahun ni...best x sekolah sane...aq kat sini baik2 saja ....bye...